Kitab Selawat Barakat Makkiyyah yang ditulis oleh Al-Allamah Al-Faqeh Maulana Musa Ruhani Bazi Rah yang mana telah di terbitkan semula di negara kita oleh Fadhilatus Syeikh Maulana Muhammad Razif Mazahiri Hafidzahullah dengan di sesuaikan untuk kegunaan lapisan masyarakat sama ada orang awam dan ulamak.

Kitab "Barakat Makkiyyah" adalah kitab himpunan selawat atas 805 nama Nabi saw yang tidak pernah di himpunan oleh mana-mana ulamak Islam sebelumnya. Kitab ini mempunyai fadhilat yang tersendiri di mana Pembaca, Pembawa dan Penyimpan kitab ini telah didoakan oleh pengarangnya di hadapan Kaabah.

Pengenalan Kitab Selawat Barakat Makkiyyah

  • Hadrat Syaikh Rah. ialah seorang yang sangat alim lagi beramal dengan ilmunya.
  • Syaikh Rah. terkenal dengan kewarakannya, seorang yang bertaqwa lagi zuhud, mujahid fi sabilillah, sentiasa dalam ibadat, dan takut kepada Allah SWT
  • Beliau antara 4 orang dalam sejarah Islam yang Bau Haruman Syurga keluar daripada kubur mereka. Bau ini mengharumkan kubur beliau dan juga seluruh kawasan perkuburan selama lebih 7 bulan.
  • Beliau mengarang kitab dalam bidang Tafsir, Fiqh, Usul Tafsir, Usul Hadis, Usul Fiqh, Aqidah, Bahasa Arab dalam 12 cabang ilmunya seperti Sarf, Balaghah, Nahu, Adab dll. Ilmu Falsafah, Falak, Bahasa Farsi, Sejarah dll.
  • Nabi SAW sendiri dalam mimpi memarahi orang yang memandang rendah kepada Hadrat Syaikh
  • Keempat-empat anak lelaki beliau diterima Allah sebagai seorang alim dan berkhidmat untuk agama.
  • Lebih daripada 2000 kafir yang telah memeluk Islam di tangan Syaikh dan mengambil bai’at islah daripada beliau.
  • Syaikh ialah ustaz kepada Maulana Hasnul Hizam, Maulana Hamzah dan Maulana Ismail para tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling.

Biografi Maulana Musa Ruhani Bazi Rah.



Sekitar Majlis Pelancaran Kitab Selawat
di Masjid Al-Falah USJ9
pada 19 Julai 2014 (21 Ramadhan 1435)
Kehadiran Hampir 1 ribu orang















  • Semua golongan Orang Awam sangat sesuai diamalkan untuk dijadikan Amalan Harian
  • Pesakit yang sudah buntu menemui penawar penyakit yang dihadapinya, moga Amalan Salawat menjadi Asbab penawar yang paling mujarab.
  • Golongan Peniaga yang sentiasa mencari kemurahan & keberkatan dalam perniagaan mereka.
  • Mereka yang terkena perbuatan sihir.
  • Pasangan Suami & Isteri yang ingin mendapatkan zuriat.
  • Golongan Pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan & mencari keberkatan dalam Ilmu yang dipelajari.
  • Golongan Penganggur yang belum mendapat pekerjaan. Moga menjadi Asbab Amalan Selawat untuk dimudahkan urusan mencari rezeki.
  • Golongan Lelaki atau Wanita moga dipermudahkan urusan mencari Jodoh yang terbaik.

Kitab yang ajaib lagi menakjubkan ini menghimpunkan 805 nama-nama Nabi SAW yang tidak pernah dihimpunkan oleh mana-mana ulama Islam sebelumnya.

Hadrat Syaikh Al-Allamah Al-Muhadith Maulana Musa Rohani Bazi Rah. sendiri telah mendoakan kepada pembaca Kitab Salawat dan Salam ini di dalam Masjidil Haram dengan diselubungi keberkatan Ka’bah

Bagi mereka yang Menyimpan Kitab yang mulia ini di dalam rumahnya:

  • Moga mereka dipelihara daripada setiap kerisauan dan kebimbangan
  • Ancaman musuh, pengacau dan orang fasiq
  • Diselamatkan daripada banjir dan kebakaran
  • Dijaga daripada rompakan dan kecurian seperti berada dalam kubu yang kuat lagi kukuh
  • Diselubungi dengan Rahmat, keberkatan, ketinggian, kemuliaan, kebaikan, kesejahteraan dan ‘afiah

 

Didoakan kepada mereka yang membaca Salawat dan Salam ini:

  • Mereka dipelihara daripada bala bencana, kepayahan dan kesedihan
  • Doa mereka dikabulkan Allah untuk setiap keperluan dan hajat
  • Ditolak kesusahan dan kepayahan
  • Diangkat darjat
  • Ditutupi keaiban
  • Dihapuskan ketakutan
  • Allah SWT mengangkat darjat dan kedudukan mereka,
  • Dibukakan pintu kejayaan dan kemenangan dengan sebaik-baik dan sebesar-besarnya
  • Mereka dimuliakan dan dihormati
  • Mereka juga diberikan keazaman untuk terus istiqamah dalam mengamalkan Salawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi SAW

Selawat-selawat ini hendaklah dijadikan Amalan Bacaan Harian.

  1. Cara yang paling baik ialah dibaca semua selawat ini dalam masa satu hari.
  2. Jika tidak mampu, bacalah 1/3 bahagian setiap hari dan khatamkan kitab ini dalam masa 3 hari.
  3. Jika itu pun tidak mampu bacalah 1/7 bahagian lalu khatamkan kitab ini seminggu sekali.

Tanda-tanda tempat berhenti untuk 1/3 dan 1/7 bahagian telah diletakkan pada tempat yang berkenaan di tepi dan atas muka surat berkenaan dalam kitab ini.

Selawat ini hendaklah dibaca dalam keadaan berwuduk, menghadap Qiblat, bersunyi diri sambil hati merasakan keagungan Nabi SAW dan kehinaan diri sendiri.

Sesiapa yang mengamalkan cara sebegini Insya Allah dia akan mendapat keberkatan dan peningkatan kerohanian yang lebih sempurna.

Manfaat daripada mengamalkan bacaan selawat dalam Kitab Barakat Makkiyyah sangat banyak. Dengan berkat selawat dan nama-nama Nabi SAW segala hajat akan ditunaikan.

Antara manfaat yang penting ialah:

  • Memudahkan segala urusan yang susah.
  • Kesembuhan daripada penyakit yang tiada ubat.
  • Banyak keberkatan dalam bisnes dan perniagaan.
  • Menang dalam kes mahkamah.
  • Kesan sihir pada orang,perniagaan, harta dan rumah akan hilang.
  • Terlepas daripada keburukan gangguan jin.
  • Lelaki dan wanita mandul akan dimudahkan untuk mendapat anak.
  • Seseorang yang tiada anak lelaki akan mudah mendapat anak lelaki dengan kurniaan Allah.
  • Selamat dan berjaya dalam safar serta dapat kembali dengan selamat.
  • Mudah dapat kerja.
  • Dengan menyimpan kitab ini di sisi seseorang sama ada semasa di rumah atau bersafar akan menjadi sebab keselamatan dari setiap keburukan dan bencana.
  • Mudah dapat pasangan untuk berkahwin dan pinangan akan diterima.
  • Ia adalah amalan yang sangat mujarab dalam menundukkan hati manusia.
  • Mudah mendapat kembali barang yang hilang dengan izin Allah.
  • Dapat kemenangan ke atas musuh dan ahli bid’ah serta terselamat daripada setiap keburukan mereka.
  • Mudah naik pangkat.
  • Mana-mana rumah yang ada kitab ini Insya Allah dengan berkat selawat dan nama-nama Nabi, rumah itu akan selamat daripada musibah yang besar,dicuri, dirompak, terbakar dan sebagainya.
  • Jika pelajar yang baca maka akan mendapat keberkatan dalam ilmu dan berjaya dalam peperiksaan.
  • Jika dibaca dengan niat untuk umrah dan haji maka Allah akan mudahkan haji dan umrah.
  • Lebih ada harapan untuk bertemu Rasulullah dalam mimpi.

Kitab Muqaddimah Barakat Makkiyyah

Berharga RM5 /unit


Soalan

Adakah Orang Awam Sesuai Mengamalkan Bacaan Kitab Selawat ini?

Jawapan

Kepada sesiapa yang bertanya, adakah kitab ini sesuai dengan "Orang Awam". Jawapannya adalah "Ya" .

Malah bacaan selawat yang terdapat dlm kitab ini adalah yang mudah diamalkan untuk peringkat semua golongan.

Ia nya kerana selawat yang ditulis adalah selawat yang mudah & biasa sering kita baca selama ini. Cuma ia telah ditambah setiap kali pada selawat tersebut dengan Nama-Nama Mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.

Soalan

Bagaimana Mahu Mengamalkan Kitab Selawat ini? Adakah Terus Di Habiskan/DiKhatamkan Selama Satu Hari?

Jawapan

Selawat ke atas Nabi SAW adalah sangat dituntut ke atas setiap Umat Islam. Antara salah satu tanda kita cinta kepada Nabi SAW adalah dengan sentiasa kita berselawat ke atas Baginda Nabi SAW.

Sekiranya Anda mampu untuk mengkhatamkan / menghabiskan kitab ini dlm masa 1 Hari, ia adalah sgt-sangat amalan yang terpuji.

Sekiranya tidak mampu dlm masa 1 hari, Anda boleh juga mengamalkan bacaan ini untuk dihabiskan seminggu (7 Hari) sekali atau 3 Hari sekali khatam.

Menurut Maulana Razif Hafizahullah (Penterjemah Kitab ini) , pecahan-pecahan itu tak lah semestikan dituruti susunannya.Bacaan selawat itu boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut kelapangan masa.Jika dapat istiqomah atas satu jumlah setiap hari sangat bagus.

InsyaAllah, semata-mata hanya taufik & rahmat dari Allah, kita perlu sentiasa berdoa agar diberikan kelapangan untuk sentiasa berselawat ke atas Baginda Nabi SAW.

Cuba disiplin kan diri untuk jadikan Kitab Selawat ini sebagai Amalan Harian anda. Wallahu a'lam...

Soalan

Bagaimana Mahu Mengamalkan Kitab Selawat ini? Adakah Terus Di Habiskan/ Di Khatamkan Selama Satu Hari?

Jawapan

Selawat ke atas Nabi SAW adalah sangat dituntut ke atas setiap Umat Islam. Antara salah satu tanda kita cinta kepada Nabi SAW adalah dengan sentiasa kita berselawat ke atas Baginda Nabi SAW.

Sekiranya Anda mampu untuk mengkhatamkan / menghabiskan kitab ini dlm masa 1 Hari, ia adalah sgt-sangat amalan yang terpuji.

Sekiranya tidak mampu dlm masa 1 hari, Anda boleh juga mengamalkan bacaan ini untuk dihabiskan seminggu (7 Hari) sekali atau 3 Hari sekali khatam.

Menurut Maulana Razif Hafizahullah, pecahan-pecahan itu tak lah semestikan dituruti susunannya.Bacaan selawat itu boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut kelapangan masa. Jika dapat istiqomah atas satu jumlah setiap hari sangat bagus.

InsyaAllah, semata-mata hanya taufik & rahmat dari Allah, kita perlu sentiasa berdoa agar diberikan kelapangan untuk sentiasa berselawat ke atas Baginda Nabi SAW.

Cuba disiplin kan diri untuk jadikan Kitab Selawat ini sebagai Amalan Harian anda. Wallahu a'lam...

Soalan

Kenapa Kitab ini Kelihatan Agak Tebal?

Jawapan
  1. Kerana dalam kitab ini juga penerbit telah memasukkan sumber rujukan di mana pengarang kitab mendapatkan sumber-sumber atas setiap selawatnya. Status hadith dan sebagainya. Ia adalah sepenuhnya dalam Bahasa Arab yang tidak diterjemahkan oleh penerbit kerana tidak sesuai untuk pembacaan orang awam.

  2. Dalam kitab ini juga diterangkan mengenai karomah pengarang (kubur berbau wangian) dan kisah mimpi murid kepada pengarang yang bertemu dengan pengarang di dalam mimpi. Juga di lampirkan ialah sedikit biografi ringkas pengarang kitab ini dan beberapa anak muridnya di Malaysia.

Soalan

Perempuan yang Sedang "Uzur" , Boleh kah Mengamalkan Kitab Ini?

Jawapan

Ya.boleh, Tidak ada masalah untuk mengamalkannya.

Soalan

Bagaimana Ingin Mengamalkan atau Berubat dengan Bacaan Kitab Selawat ini? Sekiranya Saya Baca Seorang, Maka Makan Masa Agak Lama untuk Menghabiskan Kitab ini...

Jawapan

Menurut pesanan Maulana Razif Hafizahullah, sekiranya tidak mampu untuk mengkhatamkan / menghabiskan bacaan Kitab ini Seorang Diri, kita juga boleh membahagi-bahagikan bacaan Kitab ini kepada beberapa rakan kita sekali.

Contohnya, kita ada 3 rakan pada masa tersebut, sediakan satu bekas air, kemudian kita bahagi-bahagiakan bacaan kitab selawat tersebut untuk dihabiskan sekali serentak.

Mudah bukan? Semoga Allah swt bg kita taufik untuk sentiasa Yakin & Dahulukan Amal dalam segala penyelesaian masalah.
Wallahu A'lam...

Soalan

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Ijazah amalan ini?

Jawapan

Sesiapa yang ingin mendapat kesan dan berkat yang lebih daripada amalan Kitab Selawat ini, silalah dapatkan ijazah daripada Hadrat Maulana Zubair Ruhani Bazi (anak sulung kepada Pengarang). Beliau boleh dihubungi melalui emel yang berikut:

Alamat : Jamia Muhammad Musa Albazi , 13-D,Block B,Samanabad,Lahore,Pakistan
Phone : 0092-300-4426440 / 0092-321-8441681
Emel : zubairalbazi@gmail.com atau uzairbazi@hotmail.com

Format Email :

As-salāmu ‘alaykum wa-rahmatullāhi wa-barakātuh.

Dear Mufti/Mawlana Uzairbazi حفظه الله and Mufti/Mawlana Zuhairbazi حفظه الله

My name is [Nama Anda] from Malaysia, I am mured of Mawlana Muhammad Razif Mazahiri حفظه الله and I and my family require a permission (ijazah) to recite darud from kitab Al Barakaatul Makkiyyah printed by my ustad Mawlana Muhammad Razif Mazahiri حفظه الله .

Please forgive me for my lack of adab.

جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Alhamdulillah, ada beberapa rakan kita sudah dapat jawapan daripada anak kepada Pengarang.



 

 

SEDANG KEMASKINI

 




Untuk pembelian mudah..

...sila SMS Kod
KM” ke no 019-399 8810

Harga RM30 shj
Pakej Jimat

( Kitab Selawat RM20 + Kitab Muqaddimah RM5 +           Cas Poslaju RM6 )




Aktiviti Penghantaran Kepada Pembeli














SEDANG KEMASKINI

-- Kod Optin --